Thursday 24 February 2011

FIRST!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... akhirnya, setelah 8 tahun berblog secara merepek-repek...saya mahu buat sesuatu yang berfaedah(mungkin). Membaca buku, majalah, keratan akhbar, blog, akhbar online, artikel, jurnal.. segalanya.. adalah sudah menjadi obsesi saya sedari kecil. Saya mula membaca seawal usia 4 tahun, dan sehingga hari ini... setelah usia menginjak semakin dewasa, saya masih belum puas membaca. Insya Allah... selamanya!! Sejajar dengan wahyu pertama yang diturunkan di Gua Hira' lebih dr 1400 tahun dulu... BACALAH!! Kerana saya percaya, pembacaan telah membentuk saya menjadi kanak-kanak yang bukan biasa-biasa. (hyperactive??) Kerana dunia buku dan ilmu telah membentuk saya menjadi gadis yang luar biasa. Kerana dunia tanpa sempadan ini telah membentuk saya menjadi young lady yang well-informed walaupun saya hanya pegawai picisan di sebuah jabatan "kecil" milik kerajaan Malaysia. Dan saya menyeru kepada rakan taulan, pembaca-pembaca sekalian (ecewaah.. mcm ada pembaca jer)... BACALAH! Semoga kta semua diberkati dengan usaha kecil yang kita panggil hobi, tapi sebenarnya, kita sedang menghidupkan Sunnah. Insya Allah....

Saya yakin menonton filem bukan Sunnah Rasulullah.... Tapi, saya dibesarkan dalam keluarga seni. Sekurang-kurangnya, saya yang rasa begitu. Saya ada adik yang menjadi designer, ada atuk saudara yang menjadi pelukis dan pemain muzik, ada sepupu yang menjadi penulis... Lalu, bukankah itu satu rangkaian seni yang sepatutnya mengalir juga dalam darah saya? Saya seboleh-bolehnya mahu berteater, berkoir, mengambil gambar, menulis khat, menulis cerpen, sekurang-kurangnya menulis blog.. apa saja yang membuatkan saya "timbul" dalam keluarga seni saya. Tapi mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengakui.... Saya mungkin dilahirkan tanpa bakat. Atau... mungkin bakat saya masih jauh terpendam jauh... siapa tahu 20 tahun lagi? Walaubagaimanapun, saya dilahirkan sebagai seorang yang boleh menikmati karya orang lain dengan baik... Bertahun-tahun lama dulu, saya cukup mengagumi Ku Seman Ku Hussein dan Hizairi Othman yang merebiu filem-filem terkini di pawagam dalam majalah MASSA. Yaaa.... majalah MASSA pun sudah lama diberhentikan penerbitannya, seperti juga kehilangan saudara Hizairi Othman yang masih misteri walau bertahun sudah berlalu. Tapi, keasyikan membaca rebiu mereka tentang filem dan drama sangatlah memberi inspirasi... Bahawa suatu hari nanti, kalau pun saya tidak menjadi penulis skrip atau pengarah teater... Saya akan menulis, membuat rebiu, mahupun mengkritik... asalkan ianya masih di dalam bidang perfileman. Dan di sini, kalau diizinkan Tuhan, saya akan berkongsi dengan semua (bajet mcm ramai jer..) tentang filem-filem yang saya tonton. Mahupun di pawagam, DVD, ataupun mungkin dari mana saja sumbernya :) Doakan semoga saya ada banyak wang untuk memenuhi obsessi yang satu ini :)

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.... Saya suka bidalan yang ini... Kerana saya adlh young lady yang hanya ada kail sejengkal panjangnya. Tapi perjalanan saya masih jauh, jika Allah izin... Saya mungkin akan bertemu dengan joran yang lebih panjang untuk saya mengail di lautan yang lebih dalam. ok.. tak paham!!! :) 

Jumpa lagi.... terima kasih kerana sudi membaca!!! Sila tinggalkan komen untuk kita saling berkenal-kenalan yer... 

4 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Ganbate Kudasai!!! =)

I'm speechess!~ :p

zUzu ♥ said...

sUkidEsu!!!

1st p0st is s0oo yOu!!!

hAHah...mCm nAk jUgak menUlis dGn lebIh baiK lepAs ni ;)

Inda said...
This comment has been removed by the author.
Inda said...

wah...!! Hizairi Othman...kehilangan yg masih menjadi misteri...hidup kah dia? mati kah dia? sy kurang meneliti karya2 beliau tapi dek kerana ke'handsem'mannya membuatkan saya mengenali beliau..hehe..anak kepada sasterawan tersohor negara..Allahyarham Othman Puteh.(sy lebih menikmati karya bapanya) Ibunya Fatimah Baba juga merupakan seorang penulis. Sayang.. kita 'kehilangan' penulis yang berbakat besar. Sayang juga kerana saya hanya sempat membaca cerpen-cerpen pendek beliau dalam Majalah Dewan Siswa. Keterbatasan waktu dan had keghairahan yang rendah terhadap hasil seni sebegini membuatkan saya bukan pencintanya.Teringat saya akan kata-katanya yg pernah sy terbaca..."penulisan adalah keseronokan yang menyeksakan"..mungkin panjangnya kail bukan ukuran...kerana lautan yg dalam mampu diteroka walau dgn apa cara sekalipun jika adanya CINTA...(ehhh cik jah..!!?? blog ngko ke blog aku nih..??)hehe..